Wednesday, January 2, 2013

JOHOR EK???



Ok...entry kali ni aku nak share pengalaman stay kat sebuah negeri di selatan tanah air yang diberi nama Johor Darul Ta'zim...Negeri


Peta Johor

Johor Darul Ta'zim ialah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia. Negeri ini bersempadanan dengan negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Negeri Johor juga dikelilingi oleh kawasan perairan seperti Laut China Selatan di timur, Selat Tebrau di selatan serta Selat Melaka di bahagian barat.

Apa kena mengena ini Johor dengan aku? Mesti la sebab aku dah bermaustatin di selatan negeri ni selama lebih kurang 5 tahun 6 bulan di sebuah pekan yang dulu agak terpencil iaitu Gelang Patah. Tapi sekarang nama Gelang Patah ni dah makin terkenal sejak ada Wilayah Pembangunan Iskandar di Daerah Nusajaya. Korang mesti penah dengar Legoland kan??? Haa kat situ la Gelang Patah..Otak2 Gelang Patah?? Perhh..femes wei..tapi sekarang otak2 Kempas dah makin naik namanya..



Haa ni rupa otak2 Gelang Patah

Pembangunan di Johor ni memang cepat & pesat. Aku rasa kalau lagi 5 tahun aku g sana mesti pening dah jalan. Masa aku mula keja kat Johor tahun 2007 dulu, nak dibandingkan dengan tahun 2012 aku tinggalkan Johor, memang sangat2 berbeza terutamanya dari segi jalanraya.

Tarian zapin dan kuda kepang memang sinonim ngan Johor ni..Rugi jugak tak blaja tarian ni masa stay kat Johor dulu,tapi ada ja kawan2 yang blaja siap g masuk pertandingan lagi..sapa pandai zapin??? tolong angkat tangan...


Ni sample cara nak berzapin, korang try la kat depan PC sekarang k..


Kalau boring2 stay kat Johor,leh ja nak melangkahkan kaki ke negara seberang tapi make sure hampa ada buku merah dulu la yer,jap g x pasal2 kena NTL..apa tu NTL?? Not To Land...macam mana aku taw?? Haha routin aku laa mengNTL kan orang2 yang tak layak masuk ke Malaysia ni..

Eh..aku ni dah macam berat kat kawasan aku ja nih..ok2..apa lagi ya yang special kat negeri darul ta'zim ni. Dari segi protokol pon ada sedikit perbezaan jugak dari negeri lain.Kalau korang penah stay kat johor,macam biasa la kan pagi2 akan nyanyi lagu Negaraku ngan lagu negeri..tapi kat Johor lain skit sebab akan nyanyi lagu negeri dulu yang bertajuk "Bangsa Johor",lepas tu baru nyanyi lagu Negaraku. Kalau ada lagi negeri yang buat macam ni tolong share k.




MAKANAN

Dari segi makanan plak, pengaruh masakan dari indon memang ketara kat Johor di sebabkan banyak keturunan Acheh,Bugis,Jawa dan lain2 lagi yang dah berhijrah ke negeri ni sejak zaman dulu lagi. So kalau teringin nak makan bakso atau lontong, xpayah g indon, di Johor ni memang dah best!!! Satu lagi masakan orang Johor ni pedas2 belaka,mungkin aku bukan penggemar masakan pedas2..orang utara suka masakan yang berlemak macam gulai ikan..gulai=kari kalau di utara..tapi kalau order "gulai" kat Johor,benda lain la yang korang akan dapat..tu la salah satu keunikan makanan di Malaysia ni ya.


Lontong

Bakso

REKREASI

Kalau hujung minggu teringin nak g mandi2, tempatnya agak jauh2 di antara satu dengan lain sebab Johor kan besar, kalau korang drive dari JB nak keluar dari Johor ni guna highway, mahu dekat 2 jam baru la jumpa "Selamat datang ke Melaka". Luaskan Johor ni?? Ada beberapa tempat rekreasi yang leh korang g untuk mandi manda...

Gunung Pulai Waterfall

Taman rekreasi ni yang paling dekat dengan tempat aku tu tapi tak penah pegi pun. Maybe dekat sangat kot, kalau bley nak g tempat yang jauh sikit sebab dah bosan duduk kat area sendiri. Kat situ jugak ada kem kaizen yang selalu dijadikan kem motivasi untuk budak2 sekolah, jabatan kerajaan dan kursus2 yang lain.


Kota Tinggi Waterfall

Sebenarnya aku ada kampung kat Kota Tinggi daerah yang banyak sejarah ni. Kat sini la peristiwa Sultan Mahmud mangkat dijulang. Masih ada lagi makan Sultan Mahmud dan pembunuhnya Laksamana Bentan di Kota Tinggi..Berbalik pada waterfall di Kota Tinggi ni, kalau dari JB, amik masa lam sejam lebih nak sampai ke situ. Tapi sekarang dah cepat sikit sebab jalan 4 lorong dah siap dari Tebrau sampai la ke Kota Tinggi..so dah leh save masa. Nak masuk tempat ni agak telan duit jugak la..parking berbayar, nak masuk kena charge kira kepala plak tu..tapi skali skala tak jadi hal laa...


Gunung Ledang

Laluan ke Puncak Gunung Ledang

Pejabat pengurusan Gunung Ledang


Haa ni la tempat yang bolleh lari jauh dari daerah Gelang Patah dan JB, dah sepadan Melaka tempat ni..lepas mandi manda leh la g jejalan Melaka plak kan..nak ke tempat ni exit Tangkak kalau korang guna PLUS highway. Dari pekan Tangkak amik masa lam setengah jam..tempat ni leh dikatakan kerap jugak aku g..kali terakhir g camping..malam memang sejuk,hutan la katakan..haa baru aku teringat,masa camping tu sorang dari kawan aku kena sengat dengan lipan masa asyik nak bergambar...nasib baik tak terpelanting kena aku masa dia tepis lipan tu..kul 2 pagi g hospital Tangkak.


Haa ni la kawan aku yang kena sengat lipan,sorang lagi tengah picit nak kuar kan bisa..las2 g hospital sebab dia dah mula rasa kebas...















Haa tu ja kisah tempat2 rekreasi kat Johor...mungkin ada lagi yang aku tak penah dengar. Setakat ni dulu yang aku nak cerita pasal kisah aku sepanjang stay kat Johor ni...banyak lagi sebenarnya..untuk post lain plak ya...



Tuesday, January 1, 2013

KELIRU daa

Assalamualaikum para pembaca sekalian........korang semua keliru tak???
Macam ni kawan2...aku ni minat ambil2 gambar sana sini, pendek kata mana pun aku pergi mesti ada ja benda nak di "capture"kan....dulu masa mula2 kamera digital sampai kat Malasysia ni memang mahal gila kot  kamera digital ni..padahal masa tu 2MP ja tapi harga nak cecah 2k jugak..so memang tak mampu la kan..ok bab2 revolusi kamera ni aku ingat nak story kat post yang lain plak k, takut aku melalut kat cni plak. So untuk memudahkan aku nak ambil gambar yang aku suka, phone pertama aku beli yang ada kamera adalah Sony Ericsson k660i lepas tanya kaki2 handphone nii..


Hp ni 2MP ja, bley 3G, kira canggih la masa tu lam tahun 2008, kamera boleh tahan cantik jugak laa..yang penting aku boleh ambil gambar bila jalan2. Tapi agak sedih la sebab hp ni dah hilang masa aku pergi kelas kat melaka, tertinggal atas meja masa lunch, almaklum laa lepas tu kan. Kalau tak memang sampai sekarang pakai hp ni sebab selesa


Lepas tu aku beralih pulak ke era DSLR sebab aku memang pernah guna SLR abah aku dulu, macam syok la plak kan+minat yang hangat taik kambing ni. So aku grab entry model Canon 1000d...masa tu baru keluar so harga dalam 19++....tapi bila dah mula jadi fenomena(ramai orang pakai) aku dah mula tawar hati nak guna benda alah tu..dah tak "rare"...

So pendek cerita lam beberapa minggu ni aku terpandang atau tertonton iklan yang Samsung dah keluarkan kamera Galaxy...tengok macam best beb...terliur jugak aku..so semalam 31/12/12 sebagai penutup tahun, aku terus bergegas cari kedai gajet yang berhampiran lepas ja habis kerja sebab nak tengok sendiri benda alah ni..sampai kat sebuah shopping mall ni aku tanya semua kedai cakap tak ada, yang biasa2 ja yang banyak..

So aku teruskan pencarian...disekeliling mall tu ada deretan kedai..aku nampak ada 2 buah kedai gajet..hah!jumpa pon engkau wahai galaxy kamera...

aku: berapa harga ini barang???
amoi: ini aaaa, 1899...kita bagi 1850 kalau betoi mau ambik
aku: glurrpp (lam hati)

test puas2 kat situ..memang mantop la kan...boleh fokus 21x...pkai OS Android 4.1 jelly bean..16Megapixel..memang function smartphone+kamera cuma tak leh kol ja..kalau disebabkan aku tak pakai galaxy tab, memang aku rembat jugak la benda ni...lagi satu kamera ni agak berat dan besar, kalau tengok kat iklan macam kecik ja kan. Yang berminat boleh la intai2 kat kedai hp yang berhampiran ya..

Sambil2 test benda tu, si amoi ni promote satu phone yang baru ja keluar, Motorola Atrix 2...memang function terbaik, aku tengok lebih baik dari Samsung S advance or S2 sebab harga memang berpatutan tak sampai RM900!! Dual core plak tu..camera 8MP kawan2..baik ambik yang ni dari Samsung S2..korang boleh tengok kat link ni kalau nak tengok spec phone tu...http://www.motorola.com/us/consumers/MOTOROLA-ATRIX-2/73912,en_US,pd.html


Motorola Atrix 2 yang aku cakap tu..


Aku try amik gambar dengan phone ni memang cantik jugak la walaupun indoor..kenapa aku cakap macam tu sebab sekarang ni aku pengguna HTC one V..gambar outdoor memang super cantik, tapi aku tak puas hati dengan gambar indoor yang aku ambik baru2 ni masa weeding sepupu aku..sebab dah malas nak usung DSLR ke sana ke sini, so aku pakai la HTC tu sebab orang cakap kamera cantik, tapi tak senang hati jugak kalau shoot indoor..gambar jadi kembang bila lens menghala lampu or cahaya. Ni sample pic yang aku ambik guna HTC one V indoor..cuba tengok kat cahaya tu...




Lepas dah lama sangat aku stay kat kedai tu dengan yang ada kat depan aku adalah Samsung Galaxy Camera dan Motorola Atrix 2, penat jugak nak buat keputusan sebab masing2 ada pros n cons. Kalau ambik Motorola, kang nanti tak puas hati lagi sebab matlamat aku lebih pada nak ambik gambar berbanding nak main phone sebab aku dah ada tab...kalau ambik galaxy camera pulak, function pon macam tab jugak cuma leh ambik gambar la pastu leh terus upload sebab kamera ni ada 3G, siap boleh sumbat sim card lagi..



Samsung Galaxy Camera, gambar memang sharp..aku try amik beberapa gambar dalam jarak jauh, memang clear habis. Bagi yang minat nak pakai smartphone+kamera, grab terus benda ni yaa..All in 1..tapi takleh kol ok kawan2..try puas2 sebelum beli..


Sambung balik cerita aku kat kedai tadi, datang seorang laki tanya aku dari belakang, tak salah aku tauke kedai tu..bila aku terangkan yang aku ni berat ke arah bergambar, dia bawak aku pergi tengok barisan kamera yang ada di tengah kedai, dia keluarkan dari almari "display" satu kamera samsung yang function lebih kurang samsung galaxy kamera tapi tidak boleh 3G..kelebihan kamera yang ditunjukkan ada function WiFi..aku memang minat sebab lepas ambik gambar, terus boleh share kat FB atau laman sosial yang lain...best kan?? bagi aku memang best, terpulangkan kat korang plak kan..modelnya adalah Samsung WB150F...jom layan gambar...






Yang best pasal benda ni jugak, kalau korang ada phone yang guna android, korang boleh control camera ni guna phone korang dari jauh..aplikasi ni nama Remote Viewfinder..14.2MP..Zoom 18x..macam2 lagi la function ada kat kamera ni..smart camera la katakan..ada 3 variasi warna, merah, hitam dan putih..aku ambik putih sebab nampak menarik..harap2 tak mudah kotor(dah 2 hari baru terfikir)


Sebab last sekali memang aku grab kamera ni, sebab tu letak pic kamera ni banyak..heeee....terungkai jugak kekusutan nak pilih phone or kamera tadi..memang pandai promote tauke kedai tu..kalau ada borang kepuasan pelanggan memang aku nak letak 10 markah semua...tapi bila dah balik rumah buka kotak, kad waranty dengan CD dorang lupa nak masuk kan, esoknya lepas habis kerja terpaksa la pergi kedai tu ambik balik..

Sample gambar??? nanti la bila aku dah ambik gambar kat mana2, aku share k..sabo3...aku ni minat ambik gambar, tapi takda la sampai nak jadi wedding photographer...cuma aku pencinta alam, apa yang bagi aku menarik, aku capture..tapi lama2 sekali la nak cuci gambar tu sebab selalu tengok kat PC ja..

Ok kawan2..mamandangkan Perlis tak ambik cuti tahun baru, aku letih keja harini..so nak cas power untuk nak keja esok pulak..selamat malam yaa...jumpa di post yang akan datang..susahnya nak berhenti bila dah start menulis ni..ok daaaaaa......Assalamualaikum.....






Thursday, December 20, 2012

NOSTALGIA PJJ part 1

Assalamualaikum w.b.t

Memandangkan ini adalah kali pertama aku menulis blog (baru sejam yang lepas creat blog) so nak mintak maaf awal2 kalau susunan agak terabur dan view agak skema sebab lom pandai nak letak background yang cun2 lagi...takpa leh nanti cek blajaq pelan2 naa. Saya orang utara, so almaklum la memang terkeluar jugak bahasa ibunda ku ini dalam setiap penulisan ya..

Berkenaan dengan tajuk kat atas tu, aku tau ramai lagi yang ada pengalaman study part-time macam aku ni untuk berusaha ke arah masa depan yang lebih baik. Walaupun nak berjaya hari ni, ramai yang kata "kelulusan tak tinggi pun leh berjaya la,tengok si polan tu,kaya jugak walaupun belajar tak tinggi".Yalah makcik,tapi cari ilmu tu kan dituntut dalam agama, so kita set nak blajar sebab nak cari ilmu,kalau dapat naik pangkat itu adalah satu bonus.ok?? Sebelum tu aku nak terang maksud PJJ kat korang na sebab mungkin ada yang lom jelas tentang definisi PJJ ni. Ha ni serba ringkas definisi yang di cut n paste sebab kalau aku nak terangpun sama jugak maksudnya.





APA ITU PJJ???


Pada zaman teknologi moden yang semakin mencabar ini, manusia perlu melengkapkan diri dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan untuk menigkatkan mutu kehidupan. Di negara maju, istilah Pengajian Jarak Jauh (PJJ) bukan lagi merupakan istilah baru. Sistem PJJ telah diterima di seluruh dunia sebagai pendidikan yang sah dan diakui setanding dengan bentuk pendidikan yang lain. Kemajuan PJJ amatlah penting kerana sistem ini memberi pilihan pendidikan kepada golongan manusia yang mahu menimba ilmu dengan cara yang berbeza daripada pendidikan formal.




Seorang penjaga bangunan Universiti Columbia, Gac Filipaj,dapat ijazah masa umur 52 tahun

Memandangkan kepada permintaan pelajar ke institusi pengajian tinggi samada institusi pengajian tinggi awam atau swasta begitu mendapat sambutan dan ada diantara mereka yang sehingga kini masih belum mendapat tempat untuk belajar, maka Pengajian Jarak Jauh merupakan salah satu alternatif untuk mereka meneruskan cita-cita murni tersebut. Melihat kepada keperluan inilah maka kami bersetuju untuk mengkaji apakah konsep dan aspek yang menyumbang kearah perkembangan dan pertumbuhan sistem PJJ dan apakah kebaikan dan kelemahan yang wujud di atas pelaksanaan sistem ini kepada pelajar?. Ini disebabkan Sistem PJJ ini merupakan satu kaedah pembelajaran yang unik di mana pelajar-pelajarnya adalah terdiri daripada mereka-mereka yang telah bekerja dan mempunyai tanggungjawab lain yang harus dipikul. Namun begitu usaha untuk mendapatkan segulung Diploma atau Ijazah adalah menjadi matlamat yang pertama.


Konsep Pengajian Jarak Jauh

Pada prinsipnya kaedah PJJ mendokong konsep pemisahan antara pengajar dan pelajar. Dengan itu pengajaran dan pembelajaran berlangsung melalui bahan-bahan pembelajaran kendiri dalam pelbagai media. Dalam konteks PJJ, pembelajaran kendiri membawa maksud bahawa pelajar belajar bersendirian, tidak bertemu muka selalu dengan pengajar dan juga rakan yang lain. Pelajar PJJ bebas mempelajari sesuatu subjek mengikut selera ataupun kaedah masing-masing. Menurut Rozhan Hj. Mohammad Idrus (1994) terdapat dua ciri utama yang amat penting dalam pelaksanaan PJJ:
  1. Segala pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara formal dapat dilaksanakan dan diseliakan secara jarak jauh iaitu dalam keadaan pelajar terpisah daripada pengajar.

  2. Tanggungjawab pembelajaran telah dipindahkan kepada pelajar itu sendiri. Dengan secara sendirian, pelajar akan belajar dan juga menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran bagi menambah dan memperolehi ilmu serta kemahiran yang dicari .

MUQADDIMAH

Ok dah penat taip definisi PJJ kat korang (cut n paste),nak share la pengalaman aku sepanjang buat PJJ ni k, aku harap korang pon share la pengalaman korang plak kat komen nanti ya, bia jadi contoh untuk orang lain yang berminat nak sambung study.

Aku mula pengajian secara jarak jauh ni sekitar hujung 2007. Berminat nak sambung blaja sebab dah mula rasa susah dengan cabaran hidup di mana kos sara hidup makin meningkat. Selain tu jugak aku jenis dengki jugak dengan kejayaan orang lain tapi dengki dengan cara yang positif la beb..contoh macam ni,bila aku tengok bos2 dok arah buat itu ini,mula la bermain di fikiran "xpa,harini kau arah aku,aku akan buktikan yang aku pun boleh berjaya lebih dari kau wahai insan yang bernama bos,aku akan buktikan"...haa kan positif namanya tu,takda la niat sampai nak jatuhkan orang lain kan..

Faktor lain plak, aku ada sorang insan yang sangat rapat dengan aku iaitu abah aku sendiri..abah aku Encik Mazlan mendapat segulung diploma pada umur 37 tahun. Bukan setakat tu saja, encik Mazlan jugak telah berjaya mendapat segulung ijazah pada umur 44 tahun..tak malu ke aku kalau aku yang masih bujang ni xleh nak ada segulung diploma or ijazah dalam umur yang muda belia macam ni??? Malu beb ngan ayah sendiri..

Masa kecik2 aku ngan adik2 selalu kena marah sebab buat bising masa abah kami nak study..apa yang aku ingat, abah lebih tertekan masa buat diploma berbanding masa buat ijazah dulu..Mungkin pengajian kat ITM(sekarang UiTM) lebih tough dari U lain kot..Tengah malam dengar abah aku buat asignment tap..tap..tap..tap.. guna typewriter..bila salah taip terpaksa guna liquid yang kena bancuh sendiri mcm kat gambar...



Liquid yang abah gunakan

Sekarang kita guna apa untuk buat asignment? Budak2 sekarang mesti ada laptop sorang satu dah.Siap ugut xnak blaja kalo xbeli laptop..mewahnya budak zaman sekarang ni kan..(termasuk blogger ni)..mungkin hidup kami tak seberapa pada masa tu buatkan abah berhasrat nak sambung study..apa2 pun kami sekeluarga syukur dengan kehidupan kami..abah aku kerani kat JKR masa tu..aku ngan adik2 kecik lagi masa tu lam darjah 2 kalau tak silap,mana nak fikir langsung keperitan hidup n napa abah study..sabtu ahad selalu tanya "mama,abah p mana??"....mama jawab "abah p belajaq kat ITM arau"..."OOoooo"..yang tu ja yang tau,tak penah fikir kenapa abah buat macam tu..


Korang sanggup buat asignment pakai benda ni??


SELANGKAH KE UNIVERSITI

Bila aku dah mula bekerja sebagai kakitangan awam pastu posting hujung sana nuu kat Johor,setahun keja baru tahu keperitan hidup nak survive ngan gaji yang ala2 cukup2 makan setiap bulan.Mula cari peluang2 belajar yang U iklan kat paper or internet..kebetulan masa hujung 2007 tu memang UiTM buka pengambilan PJJ untuk intake Disember.Aku try la apply untuk Diploma Pentadbiran Awam..aku memang dah 2 kali penah apply course tu lepas SPM dulu tapi dah result cikai,xda la UiTM nak amik kan..so bila guna pengalaman keja,Alhamdulillah aku di offer untuk buat diploma kat UiTM Melaka intake Disember..

Disebabkan dah lama mengidam diploma tu,aku memang awal2 jejak kaki kat UiTM melaka,dalam kepala dah set aku mesti dapat diploma on-time iaitu 4 tahun n pointer atas 3.00..kenapa 4 tahun?? sebab PJJ la,kalo fulltime 2.5 tahun dah leh abeh dah..tak lama pon 4 tahun tu,macam mana pon kena lalu jugak kan 4 tahun tu.

Apa yang aku nak pesan kat pembaca2 semua,jangan mudah terpengaruh dengan kata2 senior,bukan nak suruh melawan senior,tapi ada kata2 yang tak perlu kita tanamkan dalam hidup kita sebab takut effect study nanti..sebagai contoh,1st sem aku lam kelas bukan saja batch aku yang penuh lam kelas,tapi senior2 yang kena repeat subjek tertentu pun akan join kelas aku..ada antara dorang yang dah lebih semester.Untuk Dip Pentadbiran Awam (DPA)..kalo on-time hanya 8 semester saja,tapi dorang ada yang dah sampai 11 or 12 semester..bila kita yang junior ni tanya kenapa leh sampai lebih semester,dorang jawab "haha nanti dik tau la kenapa leh jadi macam ni"..jawapan tu seolah-olah macam susah sangat blaja ni n wajib lebih semester.Sebenarnya tidak!!!!!!! totally wrong!!!!

Bukan nak bangga,tapi just nak share ngan korang.Macam aku cakapkan tadi,result SPM aku cikai ja,matematik cukup makan,memang lemah subjek kira2.Tapi bila aku kat UiTM aku tak penah failed walaupun 1 paper termasuk paper akaun,statistik,business math dan ekonomi.Sebab apa??Dulu kat skolah tak penah fikir pasal yuran,semua mak ayah tanggung,tapi masa wat PJJ mula la fikir kalo failed nak kena bayar yuran repeat lagi,yuran semester dah la mahal sikit daripada student fulltime..so benda2 tu selalu bermain kat fikiran ni secara tak langsung bagi pickup untuk terus berusaha supaya tak failed,at least lulus pun xpa.



KENAPA SELALU GAGAL???


Aku jadi heran bila ada yg study sampai 12 sem.So aku try la tanya kawan2 yang pernah failed ni 1 soalan yang mudah,KENAPA AMIK DIPLOMA PUBLIC ADMIN NI?? rata2 jawab sebab nak naik pangkat.Berdasarkan pengalaman aku,kalau nak senang berjaya,impian kita kena jelas dari awal lagi..kita kena tahu hala tuju kita,kenapa kita belajar,bila nak abis,nak jadi apa lepas dapat diploma/ijazah,tahun bila nak mula kerja...percaya la bila kita dah set semua tu dari awal,jalan yang Allah akan tunjuk tu sangat tak disangka-sangka,sungguh mudah.

Korang jangan percaya kalau korang belom buat apa yang aku gtaw tu sebab aku dah praktik,memang berhasil.Aku penah set lebih kurang 10 tahun dulu nak  buat DPA sebab nak jadi *********** pastu memang tak sampai 5 bulan aku grad,terus aku dapat post yang aku nak tu.Cepat kan? Alhamdulillah... “….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)

Jadi kawan2 tolong la diri sendiri dulu ya dengan set apa yang kita nak,kalau boleh biar detail hajat kita
tu,lagi senang dapat,bila nak,berapa hari bulan,kalau boleh jam dan saat lagi bagus.

Korang dah boring ek?? ok lah aku stop kat cni dulu,story ni panjang lagi..nanti aku sambung kat NOSTALGIA PJJ 2 ok...sori baru merangkak nak jadi blogger,banyak la plak idea..



Contribute to Siti Norain Abdullah ;')